Dunia itu hanya 3 hari, 3 saat, 3 nafas

Nabi Isa A.S berkata : " Dunia itu hanya  3 hari :-

    (1) " Ya itu hari yang telah berlalu (kelmarin ) maka tidak ada lagi ditanganmu kesempatan sedikitpun dari hari yang telah berlalu.

       (2) Dan hari esok di mana kamu tidak dapat mengetahui sama ada kamu akan menemuinya ataupun tidak.

        (3) Dan hari ,waktu di mana kamu berada dalamnya , oleh itu pergunakanlah.


          Dunia juga 3 saat:-

     1. saat yang telah berlalu;

     2. Saat yang kamu tidak akan tahu sama ada kamu akan menemuinya atau tidak.

     3. Saat yang mana kamu berada di dalamnya , maka hendaklah kamu mempergunakan kerana kamu tidak memiliki kebuali satu saat sahaja , sebab mati itu  dari satu saat ke saat yang lain .


      Dunia juga 3 nafas :-

  1. Nafas yang telah berlalu , yang mana kamu telah menyelesaikan pekerjaan di dalamnya.

 2.  Nafas yang kamu tidak akan dapat tahu sama ada kamu akan menemuinya atau tidak

 3.  Nafas yang mana kamu berada di dalamnya , sesungguhnya kamu tidak memilikinya kecuali satu nafas sahaja  dan tidak satu hari atau satu saat . Oleh itu, hendaklah kamu bercepat- cepat menggunakan nafas yang satu ini untuk kamu bertaat  sebelum hilangnya kesempatanmu dan taubat la sebelum mati. Maka mudah-mudahan matimu berada dalam nafas yang keduasgala waktu ini. Dan seutama amal adalah menjaga waktu ketika masih bernafas maka sesungguhnya orang yang mensia-siakan waktu bererti dia telah mensia-siakan umurnya.......

No comments:

Post a Comment