kebahagiaan dalam perpisahan

Jam menunjukkan pukul 2.47 minit pagi , mataku masih tidak boleh lelap.... " haih, kenapa aku masih tidak boleh tidur ni,?" bisik hatiku dengan penuh kerisauan dalam diri......... Aku terdiam seketika apabila terdengar lagu dendangan shahir "kebahagiaan dalam perpisahan , dan secara tidak sengaja , aku terfikir tentang seseorang...... Orang yang pernah hadir dalam hidup aku untuk seketika......
Pada 1 minggu yang lepas dia ada menghubungi aku untuk bertanyakan khabar aku sejak tidak lagi bersama dengan dia, aku dengan tenag menjawab ,aku sihat dan aku boleh terima kenyataan bahawa dia sudah ada pengganti aku ....... Selepas dia mendengar kenyataan aku , dia tiba- tiba terdiam, dan aku mendengar keluhannya yang panjang, aku bertanya kepada dia kenapa mengeluh?..... dan jawapan yang terpacul dari mulut dia adalah dia menyesal..! ...menyesal kerana membuat aku terluka, menyesal kerana mengenali wanita yang cantik paras rupa sahaja!... Itu katanya..
Aku terdiam mendengar mendengar keluhannya , dan dia bertanya pada aku samada aku juga sudah ada pengganti dia atau tidak........aku bertanya pula kepada dia , apa bezanya kalau aku ada pengganti dia ataupn belum?.... yang pasti aku tidak akan bersama dia kembali buat kali yang kedua ...... Dia merayu pada diri aku , supaya bagi dia satu lagi peluang untuk membetulkan kesilapan yang pernah dia lakukan pada aku..... Aku terus terang kepadanya yang peluang untuk dia meminta maaf pada aku masih lagi terbuka, tetapi peluang dia untuk menjadi antara teristimewa dalam hidup sudah tertutup, sekarang aku hanya anggap dia sebagai kawan biasa sahaja.... Mr. A ...Aku bukan wanita yang sempurna untuk kau cintai ........Terima kasih kerana pernah menyayangi aku ....... Tetapi sekarang ini aku hanya anggap kau sebagai kawan sahaja tidak lebih dari itu kerana bagi aku sekarang ini yang paling penting adalah Tuhan yang Satu, keluarga dan pelajaran ........ AKu BaHaGIa sekarang ........walaupun dalam perpisahan

No comments:

Post a Comment